FAQ

Soalan Lazim

MYKAFUL.COM adalah portal digital yang membantu anda membandingkan, memilih dan membeli perlindungan takaful Kenderaan Patuh Syariah (Takaful) bersama dengan perkhidmatan memperbaharui dan menghantar cukai jalan ke depan pintu anda.  Perkhidmatan yang sangat mudah, murah, selamat, boleh dipercayai dan menjimatkan masa dan wang anda. Disamping perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh bagi memastikan anda mendapatkan khidmat sokongan yang berterusan. Kami hanya memberi anda perlindungan takaful yang Patuh Syariah, iaitu Takaful untuk memastikan anda dilindungi di dunia dan di akhirat.

Walaupun matlamat utama insurans dan takaful adalah hampir sama (untuk menyediakan bantuan kewangan terhadap risiko seperti kemalangan), masih terdapat beberapa perbezaan kecil tetapi penting diantara keduanya. Dalam pada insurans konvensional ditadbir untuk pertimbangan komersial, sistem takaful pula adalah berdasarkan kepada konsep kerjasama dan tanggungjawab bersama.Ditadbir oleh Majlis Penasihat Shariah, takaful dimestikan untuk patuh kepada beberapa prinsip Islam - yang paling penting ialah ianya mestilah bersih daripada unsur unsur gharar (ketidakpastian) dari segi sumbangan dan perlindungan, maisir (judi) dan riba (faedah).

MYKAFUL.COM menawarkan perkhidmatan semua dalam satu, dimana pelanggan boleh memuat turun sijil terus dari portal sesudah membuat pembayaran, pelanggan juga boleh mengekses bila-bila masa ke dalam portal MYKAFUL.COM untuk memuat turun semula sijil jika dperlukan. Pelanggan juga di beri ekses untuk membuat sebarang endorsement, di dalam portal mengikut terma dan syarat. Disamping itu juga, kami menyediakan perkhidmatan sokongan yang lain bagi pelanggan-pelanggan.

  • TAKAFUL IKHLAS
  • TAKAFUL MALYSIA
  • ETIQA TAKAFUL
  • ZURICH GENERAL TAKAFUL MALAYSIA BERHAD

Caruman untuk setiap perlindungan takaful adalah berbeza beza mengikut pengendali takaful yang menawarkan. Oleh itu, MYKAFUL.COM menyediakan kesemua sebut harga yang di tawarkan pengendali takaful. Di sini pilihan bijak di tangan anda untuk memilih sendiri pengendali takaful mana yang menawarkan caruman serta manfaat mengikut kesesuaian anda.

  • Mudah sahaja. Layari www.MYKAFUL.com
  • Masukkan Nombor Kenderaan dan beberapa maklumat penting bagi mengesahkan kenderaan anda adalah sah dan anda akan mendapat Diskaun Tiada Tuntutan (NCD).
  • Dalam beberapa saat, anda akan menerima satu sebut harga dari satu syarikat takaful dahulu yang di cadangkan. Sekiranya anda memerlukan sebut harga dari syarikat Takaful yang lain anda diminta untuk memasukkan no. talifon dan emel yang sah dan dalam beberapa saat anda akan menerima kesemua sebut harga dari syarikat takaful yang ada untuk anda membuat perbandingan.
  • Buat pilihan anda, bayar secara dalam talian, dan E-Certificate bersama dengan Resit Rasmi boleh di muat naik terus selepas pembayaran berjaya.
  • Jika anda perlukan cukai jalan, di MYKAFUL juga ada menyediakan khidmat ini. Ini adalah perkhidmatan nilaitambah kami, untuk menjimatkan masa dan wang anda. Kami akan menghantarnya terus ke alamat yang anda mahukan di seluruh Semenanjung.
  • Pembelian anda selesai dan cukai jalan akan dihantar ke alamat yang anda mahukan. Anda tidak perlu meninggalkan rumah anda.

Setiap transaksi yang berjaya akan dikeluarkan dengan e-Resit RASMI COM  dan e-sijil pengendali Takaful dalam bentuk format PDF yang mana boleh di download sesudah selesai proses pembayaran. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau keraguan mengenai perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi pegawai kami untuk mendapatkan bantuan di talian 012-3769527 atau e-mel kepada kami di: care@mykaful.com

  • KAD KREDIT/DEBIT
  • PEMINDAHAN DALAM TALIAN FPX

Bagi sebarang bayaran balik, ia adalah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat takaful.

Sistem MYKAFUL.COM akan melakukan pengesahan terus dengan sistem JPJ; bermaksud sebarang maklumat yang tidak betul akan diberitahu kepada anda dengan serta-merta.

MYKAFUL.COM Cuma akan mengambil dalam 3 ke 5 minit untuk memproses permohonan anda.

  • Caruman 
  • Bayaran cukai jalan (jika perlu)
  • Caj penghantaran (jika perlu)
  • SST dan Duti Setem
  • Untuk urusan mengenai portal MYKAFUL.COM 03-87419527 (dari jam 9 pagi hingga 6.00 petang Isnin hingga Jumaat) atau hantarkan e-mel kepada kami di: help@MYKAFUL.com.my (24/7).
  • Untuk kemalangan / kerosakan, bantuan jalan raya, anda boleh menghubungi nombor Bantuan Kecemasan 24 jam yang kami tandakan diatas stiker pelindung cukai jalan anda. Ia juga juga terdapat pada sijil takaful anda:

Etiqa Takaful: 1-800-88-6491

Takaful Ikhlas: 1-800-88-1186

Takaful Malaysia: 1-800-88-8788

Zurich General Takaful Malaysia Berhad: 1-300-88-6222