Lekas Buat Pemeriksaan Apabila Kereta Anda Mengeluarkan 3 Tanda Ini

Lekas Buat Pemeriksaan Apabila Kereta Anda Mengeluarkan 3 Tanda Ini

Memandu kereta ni bukan kena tahu cara memandu je. Tapi, kemahiran menjaga dan memelihara kereta juga penting! 

Sekiranya indikator pada panel meter menyala, percayalah ia bukan sengaja dinyalakan! Ia merupakan peringatan kepada anda untuk berbuat sesuatu segera.

Apa akibatnya jika anda mengabaikan indikator ini? 

Akibatnya adalah kerosakan kereta jadi lebih teruk dan boleh menelan kos baiki yang mahal!

Mungkin ada diantara anda tak tahu mengenai indikator-indikator kereta, so teruskan membaca!

1. Simbol Periksa Enjin

Apabila simbol ini menyala, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah periksa enjin. Ada yang berpendapat apabila simbol ini menyala, ia bermakna sudah tiba masanya untuk menukar minyak hitam. Pendapat itu salah.

Sebenarnya, simbol ini memberi maksud ada gangguan di bahagian enjin.

2. Simbol Enjin Coolant

Suhu ini akan menyala apabila suhu coolant melebihi darjah selamat dan enjin menjadi terlampau panas atau overheat. 

Terdapat bermacam-macam punca yang boleh membawa kepada masalah temperature kereta naik. Kebiasaannya seperti kipas radiator tidak berpusing, masalah radiator bocor, masalah radiator tersumbat, masalah thermostat dan bermacam-macam lagi.

Adakalanya juga enjin terlalu panas disebabkan masalah water pump, masalah drive belt, hos radiator bocor, masalah wiring, masalah relay rosak, masalah fan motor dan juga bermacam-macam lagi.

3. Simbol Amaran Brek

Ada beberapa sebab kenapa lampu brek menyala. Ini mungkin disebabkan mentol lampu brek terbakar atau kehilangan sejumlah kemampuan membrek pada kenderaan. Boleh jadi juga anda cuma terlupa melepaskan brek tangan atau brek parkir.

Periksa brek tangan dan lepas segera jika ditarik. Jika lampu amaran brek masih menyala ketika memandu, anda boleh anggap sedang memandu tanpa brek. Segera aktifkan lampu kecemasan (hazard lights) dan berhenti di bahu jalan yang selamat. Kemudian rujuk manual pemilik untuk arahan khusus.

Sebaik saja anda selamat berhenti, periksa paras minyak brek. Ikut saja arahan dalam buku manual. Jangan terus memandu jika minyak brek pada paras rendah. 

Nampak seperti tidak begitu kritikal, tetapi masalah mungkin menimpa  bahagian lain dalam sistem pembrekan seperti sensor Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)  atau masalah pendawaian lampu brek.

4. Simbol Tekanan Minyak

Jika indikator ini menyala, ini bermakna kereta anda kemungkinan berlaku kebocoran penggunaan minyak atau kerosakan pam minyak (oil pump). Perlu tindakan segera kerana minyak tidak mengalir dengan betul ke dalam enjin.

Matikan enjin dan baca buku manual untuk tindakan lanjut. Mungkin boleh menambah minyak enjin dan teruskan memandu dengan berhati-hati. 

Tetapi mungkin juga kereta perlu ditunda ke bengkel. Semua kenderaan berbeza, tetapi langkah yang betul digariskan dalam manual pemilik.

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *