Nak dapatkan insurans? Baca ni dulu!

Nak Dapatkan Insurans? Baca Ni dulu!

Ramai nak beli insurans, tapi tak ramai yang faham mengenai polisi insurans. Tidak kiralah insurans takaful untuk perubatan, jangka hayat, rumah, kereta, atau sebagainya, anda sebagai pemegang polisi perlu memahami polisi insurans anda terlebih dahulu.

Hal ini untuk mengelakkan salah faham yang seringkali berlaku ketika membuat tuntutan. Jadi, dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda panduan penting kepada anda semasa mendapatkan polisi insurans / takaful, secara ringkas. Jom baca!

#1 Fahami polisi insurans ataupun pelan takaful anda dengan betul. Dalam hal ini termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat, dan pengecualiannya.

#2 Pastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.

#3 Pastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.

#4 Pastikan semua fakta penting telah didedahkan sepenuhnya di dalam polisi / pelan tersebut.

#5 Pantau perlindungan dan tempoh masa untuk membayar premium atau caruman tersebut.

#6 Hanya berurusan dengan ejen berdaftar / broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans mahupun pengendali takaful.

Semoga panduan penting ini dapat menjadi rujukan kepada anda dalam menilai polisi yang anda miliki, okay?

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *