Nak tukar cat kereta? Ini panduan JPJ!

Nak Tukar Cat Kereta? Ini Panduan JPJ!

Ada diantara kita mempunyai perancangan untuk menukar cat atau warna kenderaan, betul tak? 

Haa, sebelum anda mengeluarkan wang untuk menukar, ini prosedur untuk warna yang ramai tak tahu!

Panduan ini telah dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tentang bagaimana cara untuk berurusan di JPJ. 

Panduannya mudah sahaja dan hanyaa perlu ikut enam langkah ini:

  1. Pergi ke bengkel dan cat dahulu kenderaan anda.
  2. Setelah kereta siap dicat dengan warna baharu, anda perlu hadir ke Pejabat JPJ yang berhampiran.
  3. Sekiranya kenderaan diwarnakan melebihi dari satu warna, warna yang paling banyak atau dominan di anggap warna kenderaan tersebut.
  4. Kemudian isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serahkannya kepada Pegawai JPJ yang bertugas.
  5. Pegawai yang bertugas akan mengemaskini maklumat kenderaan dalam sistem MySikap.
  6. Tiada bayaran dikenakan.
  7. Merujuk kepada Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan dan bukanlah saman kerana tukar warna kenderaan.

Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *